Tuesday 19 February 2013

1.Memahami penyakit CINTA masyarakat

assalamualaikum...

hai smue..i gonna want to share with u all...
td sesje pg popular tngok buku2..
then ternmpk stu bku nie yg dh lme mncri n nk sgt bce..
nk thu pe input yg cube penulis smpaikn..
pe lagi td dh nmpk terus grab n byr..then caw...heee..
blik tros bku n bce...wow...input yg bgus..
wlpn bru bbrpe helai je bce..
#SEBELUM AKU BERNIKAH


back to the topic...(memahami penyakit cinta masyarakat : terlalu Islamic)
from the author...Hilal Asyraf..
beliau memberi pendapat n hujahan bkenaan cinta golongan yg terlalu Islamik..

Terlalu Islamik sehingga timbul kepercayaan pelik2. sebagai contoh
'saya menanti dia yang sudah tertulis untuk saya di loh mahfuz sana'.
Ya. Ayat ini kelihatan Islamik kerana ada perkataan 'menanti' dan 'loh mahfuz'. Namun saya melihat ini adalah salah dan tidak diajar oleh agama.

1) kita tidak tahu siapa jodoh kita. Jadi bagaimana menanti? sedangkan orang yang sudah berkahwin pun bercerai, orang yang berkahwin pun mati, dan orang yang hidup juga kahwin lain. Oleh itu, perkara ini terlalu besar untuk kita yakin seorang itu adalah 'jodoh saya'. Lebih menguatkan lagi pendapat saya adalah, daripada mana kita mahu tahu 'dia itu jodoh saya?' ternyata tiada jawapan konklusif untuk itu, bukan? Jelas, jodoh itu urusan Allah.

2) bagaimana 'menanti' ini boleh dijustifikasikan sekiranya Allah sendiri memberikan isyarat supaya kita 'memilih'? Tidakkah kita membaca apa yang Allah peringatkan kepada kita dalam surah al-Baqarah, ayat 221:


"dan jangan kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam), dan sesungguhnya hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan jangan kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik sekalipun keadaanya menarik hati kamu."



Sekiranya semua sudah ditetapkan di loh mahfuz sana, mengapa perlu ada arahan untuk kita pilih antara yang musyrik dan yang beriman? Mungkin kita boleh nyatakan sudah tertulis di loh mahfuz. Namun, kita tahukan siapa? Tidakkah kita mengetahui Allah sendiri mengarahkan manusia supaya berusaha? Dalam bab cari makan, kita tahu mana mahu mencari. Mengapa dalam bab jodoh, kita memilih bagi menanti? Dalam bab kecemerlangan peperiksaan, kita thu kita perlu belajar. Mengapa dalam bab jodoh, kita mahu berdiam diri?


Satu contoh yg terlalu Islamik.



#penulisan yang berkaitan dengan tira dgn "seseorang".."sudah tertulis di loh mahfuz"...

melalui pembacaan penulisan ini, tira sedar bertapa pentingnya kita untuk berusaha untuk mencari bukan untuk menanti bulan jatuh ke riba dengan berdiam tanpa berbuat apa-apa...
kepada "seseorang" n sahabat...
"sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama hingga kesyurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya." Hilal Asyraf

#tepuk dada tanya iman...inshaAllah..



2 comments:

  1. wahh macam best je buku ni..nice sharing kak tirah..nak p cari kat popular la nnt..hee :)

    ReplyDelete